Thursday, October 1, 2009

ViScOm de Upsi


Viscom, apa tu viscom?, so kali aku nak memperkenalkan viscom de upsi, ni boleh dikatakan course baru di upsi. So budak yang menaip blog ni kira budak batch ke 2. ke2 pun, dah 4 tahun kat upsi sebab aku dah sem tujuh. Blog ni kiranya akan dihiasi dengan aktiviti-aktiviti dan kenangan kitaorang batch yang kedua. Semua ni untuk kenangan masa hari hari tua kitaorang haha. Tapi viscom tu course apa enk. So untuk pengathuan viscom ni kira adik beradik dengan course Masscom, tapi bukan celcom, telekom atau puspakom.

Nama panjang untuk viscom ni Visual Communication Art, dalam viscom menawarkan 4 bidang (major) iaitu Graphic Design, Advertising, Interactive design, dan Aanimation design. Keempat-empat bidang ni belajar dalam kelas sama apa2hal pun, cuma subjek major sajer yang terpisah. So bermakna dalam hal nie, kiraorang ada kepakaran tersendiri.

Yang best dalam batch kita orang kali nie, hampir 98% semuanya bleh join sekepala.. lagi 2 % pun tak da masalah sebenarnya. Semua nye bleh dikatakan ok. Biasa la dalam hidup kat kampus tak semua sependapat. So masalah-masalah sampingan tu tetap ada, tak kirala melibatkan perasaan atau tak. Apa lagi yang best untuk bacth kali ni hampir semua aktiviti yang kitorang buat mesti bersama, tak kira la laki perempuan, tapi aktiviti yang berfaedah la. Hehe. Bukan kata aktiviti,, nak pilih rumah sewa pun nak dekat-dekat. Kisahnya, kami ni kira jugak di panggil geng2 taman bernam. Ada juga yang tinngal tempat lain, seperti taman U kat pekan, tapi tu bukan bermakna tak sekepala, Cuma masalah kenderaan. Boleh jugak dikatakan , budak viscom nie unite, walaupun kepakaran bidang lain- lain, tapi kiraoang kerja macm di bawah organisai yang sama. Sebabnya kami memerlukan antara satu sama lain untuk kepakaran tertentu. So budak grafik, advert, interaktif dan animasi terpaksa kerjasama kalu nak hasil production yang besar. Tak kira la nak buat filem ker, pameran ker, jamuan ker. dan apa2 jer la.

So ruang blog viscom nie bukan la nak tunjuk kehebatan yang kami mampu buat, tapi nak kongsi dan nak simpan kenangan2 kami semua. Mungkin blog ni kan memasukkan cerita-cerita yang lepas.. sebb nak simpan kenangan ini. Sepatutnya blog ni buat masa sem 1 lagi, ni bila dah hujung2 sem ni baru teringat nak buat semua. Bukan apa, cuma hujung sem nie sebelum terpisah semuanya, baru nak korek balik rahsia wajah hati kehidupan masa muda2 dulu. Tambahan pula dah hujung ni byk fokus pada project final je, so sempat la nak curi2 kisah kawan2, Sempattanya diorang,apa moment paling best..

sebelum aku habiskan cerita kenangan2 nie, aku juga akan citer skit profile kawan2 aku sorang demi sowang, tgk la mana yg sempat aku interviuew tu la aku citer dulu..

Ok la insyalah seandainya aku tak sibuk, nanti aku citer benda2 baru yang dah lepas kisah kami.. macm sebuah kisah klasik. Viscom the best.